Tuesday, October 13, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mesti ada antara anda yang mempunyai hobi memancing.. Bukan memancing awek yer,awek dok melayan makan jer blehla, tapi memancing ikan samada di laut, tepi pantai, sungai, tasik, parit mahu pun kolam memancing. Kami inggu anglerz juga adalah seorang pemancing yang agak tegar, walau baru sahaja berkecimpung dalam dunia memancing, terdapat banyak pengalaman yang diperolehi.. ia juga salah satu hobi yang sanagt digemari, xdela nak buang mase wat menda x tentu hala.. Hobi memancing ni memang merupakan hobi yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Seingat kitorang sebelum ini pernah memancing zaman budak-budak sekolah rendah dulu, dan rupanya terbawak2 sehingga ke hari ini..

first sekali terdapat beberapa yang perlu dikagumi kepada ahli2 kaki pancing antaranya:

1. Kesanggupan untuk berhabis-habisan membeli peralatan pancing yang kadangkala mencecah ribuan ringgit..
2. Sanggup meredah lautan untuk memancing. Kalau nelayan menyabung nyawa untuk mencari sesuap nasi tapi mereka mencari kepuasan..
3. Boleh menunggu berjam-jam lamanya.. Kesabaran mereka memang menjadi kekaguman.. Kalau sirat 80 jam pun tahan.
4. Selamba je mencucuk umpan dengan tepat ke dalam mata kail.. Saya mengalami kesukaran untuk menusukkan cengkerik ke mata kail.. Kalau sesiapa yang geli susah woo.
5. Timing yang hebat.. Waktu nak rentap joran tu memerlukan kebijaksanaan si pemancing.. Saya memang failed dalam hal-hal ni..
6. Tau lubuk ikan. Yang ni memerlukan jaringan antara rakan-rakan pemancing.. Cepat je mereka tau tempat-tempat banyak ikan ni..

dan yang penting kena ada kumpulan bru syok nak mancing...huhuhuhu

1 comment: