Thursday, December 31, 2009

PETUA MEMANCING..(renung2kn dan selamat beramal)

Tip Umpan: Merah, jenahak, kerapu gemar udang lipan

Oleh Zulhilmi Hat

UDANG lipan, udang ketak dan udang mentadak atau nama saintifiknya Hemisquilla ensigera (Odontodactylus sp.) cukup dikenali di kalangan pemancing laut dalam yang gemar menjadikannya sebagai umpan hidup untuk memburu ikan merah, jenahak dan kerapu.

UDANG lipan, udang ketak dan udang mentadak atau nama saintifiknya Hemisquilla ensigera (Odontodactylus sp.) cukup dikenali di kalangan pemancing laut dalam yang gemar menjadikannya sebagai umpan hidup untuk memburu ikan merah, jenahak dan kerapu.

Habitatnya yang mudah didapati di persisiran pantai berlumpur sekitar Pantai Timur Semenanjung dan kawasan karang batu, menyebabkan mengapa umpan ini digilai kerana keberkesanannya menjerat ikan terbabit.

Bentuk fizikal badan seakan spesies serangga mentadak atau lipan yang mempunyai kulit keras bahagian kepala hingga ke ekornya dan mempunyai sepasang penyepit serta enam kaki, mampu membesar kira-kira 30 sentimeter.


Bersifat karnivor dan gemar memburu ikan, udang atau siput karang dengan bersembunyi di celah batu antara kelebihan udang ini menyesuaikan dirinya selain melakukan teknik penyamaran.

Di seluruh perairan laut di dunia ini, terdapat kira-kira 400 spesies yang hampir sama di perairan negara ini. Cara menangkapnya menggunakan pukat tunda.

Dalam industri komersial berkaitannya, udang lipan turut dijual kepada peminat ikan akuarium untuk dipelihara selain dijadikan bahan masakan untuk makanan laut di restoran yang menyediakannya.

Dalam arena memancing pula, cara udang ini digunakan dengan mencangkuk pada kepala melalui kulit kepala di lehernya dan kemudian dikeluarkan mata kail itu melalui mata udang tersebut.

Umpan ini kemudian dilabuhkan bersama batu ladung dalam lubuk berkarang yang dikenal pasti menjadi habitat ikan merah, jenahak dan kerapu.

Elak memakai cincin berbatu ketika memancing

Oleh Nordin Misnan


MEMAKAI cincin berbatu sama ada nilam, zamrud, delima, batu serai, kayu tas dan sebagainya mempunyai keistimewaannya tersendiri serta si pemakai kelihatan gah. Bagaimanapun, jika anda memakainya ketika memancing.... anda mungkin akan pulang dengan tangan kosong. Benar atau tidak, terpulanglah... mungkin juga ia secara kebetulannya.

MEMAKAI cincin berbatu sama ada nilam, zamrud, delima, batu serai, kayu tas dan sebagainya mempunyai keistimewaannya tersendiri serta si pemakai kelihatan gah.

Bagaimanapun, jika anda memakainya ketika memancing.... anda mungkin akan pulang dengan tangan kosong. Benar atau tidak, terpulanglah... mungkin juga ia secara kebetulannya.

Bagi seorang pemancing tegar, Mohd Suffian Hassan dari Melaka, beliau mempunyai pengalaman memancing dengan memakai cincin berbatu serai dan kayu tas, di mana tiada sebarang tangkapan diperoleh ketika mengikuti trip menjejak kelah di Lubuk Kaloi, Taman Negara Kuala Koh, baru-baru ini.


Bukan beliau saja, tidak memperoleh sebarang tangkapan... malah beberapa rakan yang mengikuti trip berkenaan turut pulang dengan tangan kosong. Sudah puas pelbagai umpan termasuk buah ara masak ranum, kelapa sawit peram dan ..... digunakan, namun tiada sebarang reaksi daripada Raja air tawar berkenaan.

Begitu juga menyamar, berpakaian hitam dan bersembunyi di belakang pokok ketika memancing kelah, namun masih gagal. Bahkan, dalam trip itu tiada seorang pun pemancing memperoleh ikan sama ada kelah, lampam sungai, kerai mahupun kejor.

Selepas diperiksa, seorang pemancing menunjukkan sebentuk cincin berbatu kayu tas.

Tindakannya itu, menyebabkan seorang pemancing veteran marah dan kecewa, lalu menasihatkan rakannya itu supaya tidak memakainya ketika menyertai trip pada masa akan datang.


Elakkan aktiviti tepat jam 12 tengahari, malam

Oleh Nuri Angkasa

MENGAMALKAN doa atau membaca ayat suci al-Quran sebelum melakukan perjalanan sama ada di darat ataun di laut adalah sebaik-baik amalan untuk keselamatan dalam setiap perjalanan.

MENGAMALKAN doa atau membaca ayat suci al-Quran sebelum melakukan perjalanan sama ada di darat ataun di laut adalah sebaik-baik amalan untuk keselamatan dalam setiap perjalanan.

Namun alam apa juga amalan petua adalah ikhtiar terbaik untuk diamalkan seperti lazim yang dilakukan oleh orang lama yang mengetahui rahsia tersembunyi yang jarang-jarang diketahui oleh kita selama ini.

Sebaik-baik amalan anda tidak digalakkan melakukan sebarang perjalanan sama ada di darat dengan kenderaan atau di laut tepat pada jam 12 tengahari kerana waktu itu syaitan sedang bermaharajalela justeru bergerak pada waktu begini (tepat jam 12 tengahari) sering dikaitkan dengan masa yang bahaya.


Namun dalam apa juga kepercayaan yang dikaitkan demi menjaga keselamatan dalam perjalanan, doa kepada Allah sebaik-baik amalan yang mesti dilakukan cuma sebagai ikhtiar pertua juga memainkan peranan atas izin Allah.

Atas hakikat ini Pak Nuri dan ramai rakan pancing yang mengetahui tidak melakukan waktu tepat pukul 12 tengahari sama ada siang atau malam untuk bergerak mulakan perjalanan sekalipun dalam keadaan tergesa-gesa.

Lakukan pergerakan pada waktu pukul 12.02 minit sebagai ikhtiar untuk menjamin keselamatan atas apa yang kita sudah ketahui tapi bagi anda yang sudah melakukan perjalanan sebelum itu anda boleh meneruskan perjalanan anda begitu juga bagi anda yang melepasi jam 12 tengahari boleh meneruskan perjalanan isyaAllah selamat.

Melalui pengalaman seorang pemancing yang kebetulan terlupa kerana tergesa-gesa ke lokasi pertama untuk bertemu dengan rakan pancing lain yang dijangka sudah menunggu, Kamarul meninggalkan rumahnya tepat jam 12 tengah malam.

Beliau tidak bertemu lokasi tempat rakan pancingnya menunggu, beliau berpusing jalan untuk masuk ke lorong lokasi tapi bertemu semula tempat mula beliau bergerak.

Akhirnya, beliau mengingati petua orang-orang tua dengan melaungkan azan sekuat-kuat suara beliau kemudian ditemui oleh rakan pancing yang berada tidak jauh dari tempat beliau disesatkan jalan oleh syaitan.

Justru atas peristiwa yang benar-benar berlaku pada Kamarul nyata waktu tepat jam 12 tengah malam adalah waktu tidak sesuai untuk memulakan sebarang aktiviti atau perjalanan.

Tiga waktu terbaik untuk memancing

Oleh Nuri Angkasa

Petua kembali semula pada tiga masa terbaik memancing sekali pun tidak pada musim air mati. Waktu senja pilihan pertama, kerana pada waktu ini ikan akan keluar mencari makan dan akan berada dalam kawasan karang, lubuk atau tukun.

Pilihan kedua pada waktu tengah malam. Ini kemungkinan ada spesies ikan besar keluar mencari makanan seperti anak ikan sama ada di dasar laut mahu pun di permukaan air yang dihuni oleh banyak spesies ikan kecil bermain. Tetapi ada risikonya mengenai arus air yang deras yang bakal kita hadapi.

Terbaik ialah pada waktu awal pagi yang bermula 4 hingga 6 pagi. Ini kerana pada waktu itu ikan akan keluar semula mencari makan dalam keadaan lebih ganas. Begitulah pengakuan orang lama yang sudah sebati hidupnya dengan laut.


Lepaskan ikan yang tidak digemari

Oleh Nuri Angkasa

SETIAP pemancing perlu meletakkan satu tekad dalam hati bahawa segala rezeki adalah ketentuan Allah. Setiap apa yang kita peroleh setiap kali keluar memancing adalah atas kehendak-Nya jua. Sebab itu jangan kita persalahkan sesiapa apabila ada sesetengah kumpulan pulang tangan kosong walaupun keluar beberapa hari memancing.

SETIAP pemancing perlu meletakkan satu tekad dalam hati bahawa segala rezeki adalah ketentuan Allah. Setiap apa yang kita peroleh setiap kali keluar memancing adalah atas kehendak-Nya jua. Sebab itu jangan kita persalahkan sesiapa apabila ada sesetengah kumpulan pulang tangan kosong walaupun keluar beberapa hari memancing.

Yang pasti akan menjadi mangsa cemuhan ialah tekong, rakan sekumpulan, keadaan laut serta segala sebab yang boleh dikaitkan. Sehingga segala umpan yang dibawa juga dijadikan sebab atau dipersalahkan apabila kita tidak mendapat tangkapan seperti yang dihajati.

Kali ini Pak Nuri ingin berkongsi pengalaman dengan pemancing daripada pengalaman orang lama yang menjadikan laut sebagai sumber rezeki dan sentiasa bersyukur dengan segala ketentuan Allah.


Ada sesetengah pemancing tidak bersyukur apabila mendapat ikan kecil atau spesies ikan yang tidak dikehendaki. Mulut mereka sentiasa bercakap celupar atau memaki hamun. Malah lebih buruk lagi, mereka menghempas ikan berkenaan ke lantai bot atau mencederakan ikan berkenaan kononnya kerana rasa kecewa atau marah.

Ini adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya wujud di kalangan pemancing. Ini kerana apa yang kita peroleh ketika memancing adalah sudah ditentukan Allah. Jangan kita pertikaikan kehendak-Nya. Sebaliknya, lebih banyak bersabar dan bersyukur walaupun hanya dapat menaikkan seekor ikan kecil dan tidak mencapai hajat seseorang.

Allah sentiasa menguji hamba-Nya sama ada bersyukur dengan pemberian-Nya dan tidak meletakkan diri masing-masing lebih besar daripada kuasa Yang Maha Esa.

Selain itu, orang tua-tua juga sentiasa mengingatkan kepada pemancing sekiranya ikan yang kita pancing tidak sesuai dengan kehendak kita dan tidak dikehendaki cepat-cepat lepaskan semula ke laut supaya ia kembali kepada keluarga dan habitat asal.

Pak Nuri harap beberapa teguran orang tua-tua dapat kita manfaatkan bersama supaya sentiasa ingat bahawa mati, rezeki dan jodoh pertuan adalah kuasa Allah.


Sentiasa baca surah al-Fatihah

Oleh Nuri Angkasa

AMALAN yang baik itu pastinya mendapat ganjaran Allah. itulah janji Allah kepada hamba-Nya dan hanya kepada mereka yang mahu mengerti. Justeru, atas keyakinan ini terdorong untuk melakukan beberapa amalan baik oleh kumpulan pemancing dengan berkumpul sebelum memulakan ekspedisi atau pemburuan kemudian membaca doa dan mohon kesejahteraan serta keselamatan Allah di samping mohon rezeki dan keberkatan yang berkekalan dalam setiap aktiviti mereka.

AMALAN yang baik itu pastinya mendapat ganjaran Allah. itulah janji Allah kepada hamba-Nya dan hanya kepada mereka yang mahu mengerti. Justeru, atas keyakinan ini terdorong untuk melakukan beberapa amalan baik oleh kumpulan pemancing dengan berkumpul sebelum memulakan ekspedisi atau pemburuan kemudian membaca doa dan mohon kesejahteraan serta keselamatan Allah di samping mohon rezeki dan keberkatan yang berkekalan dalam setiap aktiviti mereka.

Usaha baik ini patut dilakukan oleh semua kumpulan memancing sebelum turun ke laut atau ke mana saja pergerakan yang hendak dituju. Namun, yang tidak kurang pentingnya ialah sikap jujur dan ikhlas yang mesti ada pada setiap orang.

Melakukan amalan baik ini antaranya membaca surah al-Fatihah dan mengucapkan selawat memuji Nabi Muhammad. Selain daripada mendapat pahala, ganjaran berkat atas perjalanan itu moga-moga Allah gandakan. Begitu mudahnya kita diberi Allah untuk mendapat pahala. Cuma kita saja yang melupakan pemberian baik yang dijanjikan Allah untuk hamba-Nya.


Memesan bantutkan rezeki

PALING ditakuti setiap nelayan veteran sebelum turun ke laut ialah adanya pesanan daripada ahli keluarga, rakan atau orang ramai mahupun siapa saja yang meminta ikan untuk dirinya atau paling kurang pesanan bagi mereka yang sedang hamil.

PALING ditakuti setiap nelayan veteran sebelum turun ke laut ialah adanya pesanan daripada ahli keluarga, rakan atau orang ramai mahupun siapa saja yang meminta ikan untuk dirinya atau paling kurang pesanan bagi mereka yang sedang hamil.

Menurut kepercayaan nelayan veteran, adanya pesanan bakal meletakkan mereka berdepan dengan kehampaan. Malah ikan yang dipesan tidak diperoleh sedangkan ikan berkenaan bukan spesies yang sukar didapati. Peliknya, jika ada pesanan yang dibuat, ikan berkenaan bagaikan tahu untuk melarikan diri.

Percaya atau tidak, satu pengakuan ikhlas dibuat seorang nelayan veteran yang dipanggil Pak Kasiran, 75, yang kini masih turun ke laut di pesisiran pantai Sungai Muar, Johor. Walaupun sudah tidak sehebat dulu, namun beliau masih meneruskan kerja sebagai pelaut untuk menghabiskan sisa hidup yang cuma tinggal di hujung senja.


Menurut Pak Kasiran, dia pernah beberapa kali hampa dan pulang dengan tangan kosong kerana membawa pesanan sebelum turun ke laut.

Justeru, pengalaman yang dilaluinya itu beliau akan menyebabkan melarikan diri, atau tidak mahu memberi tahu sesiapa pun sebelum turun ke laut malah atas kepercayaan yang diamalkan selepas itu rezeki bertambah baik, lalu ini dijadikan petua yang terus diamalkan hingga sekarang.

Atas apa juga kepercayaan, Pak Nuri terpanggil untuk berkongsi beberapa pengalaman nelayan veteran dan nelayan moden mahupun pemancing yang melahirkan reaksi berbeza mengikut peredaran zaman atau suasana perubahan yang berlaku sekarang ini banyak mengubah kepercayaan itu.

Namun daripada apa yang dapat diterjemahkan untuk mengelak menerima pesan orang ramai dengan hajat mahukan ikan kerapu bara, ebek, jenahak atau ikan merah sebelum turun ke laut adalah langkah terbaik kerana kita tidak terikat dengan janji atau harapan yang dibebankan pada kita.

Sekurang-kurangnya kita tidak dipengaruhi oleh pesanan berkenaan, kerana untuk mendapatkan rezeki di laut bukan satu jaminan yang mesti tertunai, kerana semuanya ini datang dari Allah. Malah diharapkan orang ramai harus memahami rezeki yang bakal diraih oleh nelayan atau pemancing yang tidak harus dipesan sebelum melihat rezeki depan mata.

Jangan meludah dalam laut

DALAM dunia nelayan ada banyak pantang larang yang kadangkala tidak dapat diikuti dengan teratur, namun daripada beberapa aspek yang lojik perlu diamalkan terutama petua yang mendatangkan kebaikan.

DALAM dunia nelayan ada banyak pantang larang yang kadangkala tidak dapat diikuti dengan teratur, namun daripada beberapa aspek yang lojik perlu diamalkan terutama petua yang mendatangkan kebaikan.

Nelayan terdahulu yang mengamalkan petua dan pantang larang seperti tidak membawa pulut kuning, telur, daging mentah, bertih sering dikaitkan sebagai makanan syaitan di laut, hari ini pantang larang itu tidak diendahkan oleh pemancing dan tekong bot sendiri.

"Kita yang nak makan, bukan nak jamu orang atau makhluk lain," itu yang diperkatakan oleh mereka dan rata-rata menolak dakwaan ribut yang datang itu bukan daripada petua yang salah.

Apa pun ada baiknya diterjemahkan semula petua yang boleh diamalkan seperti bersiul pada waktu malam, menjerit-jerit, mulut lantang yang tidak bertapis cakap, mencabar untuk berentap dengan ikan sebesar kapal atau mengunakan ilmu hitam yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Lebih daripada itu mereka sanggup mengunakan kain kapan orang mati yang diambil dari kubur yang baru di kebumikan, tali orang mati digantung malah banyak lagi perkara yang salah di gunakan.

Ini bukan saja mengundang dosa tapi akan berdepan dengan bahaya di laut yang bukan sedikit. Petua atau amalan begini tidak boleh dipakai sama sekali. Sebaliknya melangkah turun dari rumah dengan mengingati Allah adalah sebaik-baik amalan dan meludah di laut segera dihentikan kerana laut tempat kita mencari rezeki yang perlu dihormati.

Rezeki yang kita ambil dari tempat berludah adalah satu perbuatan jijik malah dijadikan makanan untuk keluarga. Justeru adalah lebih baik supaya kita tidak meludah di laut sesuka hati, berludah saja dalam plastik atau tidak membuang benda-benda kotor di laut.

>ni sedikit sebanyak yg sarjan sidat dpt kgsi..wat pngetahuan hope pgkt naik la ye..(dr sarjan ke komandan.hehe)

No comments:

Post a Comment