Thursday, December 31, 2009

PETUA MEMANCING..(renung2kn dan selamat beramal)

Tip Umpan: Merah, jenahak, kerapu gemar udang lipan

Oleh Zulhilmi Hat

UDANG lipan, udang ketak dan udang mentadak atau nama saintifiknya Hemisquilla ensigera (Odontodactylus sp.) cukup dikenali di kalangan pemancing laut dalam yang gemar menjadikannya sebagai umpan hidup untuk memburu ikan merah, jenahak dan kerapu.

UDANG lipan, udang ketak dan udang mentadak atau nama saintifiknya Hemisquilla ensigera (Odontodactylus sp.) cukup dikenali di kalangan pemancing laut dalam yang gemar menjadikannya sebagai umpan hidup untuk memburu ikan merah, jenahak dan kerapu.

Habitatnya yang mudah didapati di persisiran pantai berlumpur sekitar Pantai Timur Semenanjung dan kawasan karang batu, menyebabkan mengapa umpan ini digilai kerana keberkesanannya menjerat ikan terbabit.

Bentuk fizikal badan seakan spesies serangga mentadak atau lipan yang mempunyai kulit keras bahagian kepala hingga ke ekornya dan mempunyai sepasang penyepit serta enam kaki, mampu membesar kira-kira 30 sentimeter.


Bersifat karnivor dan gemar memburu ikan, udang atau siput karang dengan bersembunyi di celah batu antara kelebihan udang ini menyesuaikan dirinya selain melakukan teknik penyamaran.

Di seluruh perairan laut di dunia ini, terdapat kira-kira 400 spesies yang hampir sama di perairan negara ini. Cara menangkapnya menggunakan pukat tunda.

Dalam industri komersial berkaitannya, udang lipan turut dijual kepada peminat ikan akuarium untuk dipelihara selain dijadikan bahan masakan untuk makanan laut di restoran yang menyediakannya.

Dalam arena memancing pula, cara udang ini digunakan dengan mencangkuk pada kepala melalui kulit kepala di lehernya dan kemudian dikeluarkan mata kail itu melalui mata udang tersebut.

Umpan ini kemudian dilabuhkan bersama batu ladung dalam lubuk berkarang yang dikenal pasti menjadi habitat ikan merah, jenahak dan kerapu.

Elak memakai cincin berbatu ketika memancing

Oleh Nordin Misnan


MEMAKAI cincin berbatu sama ada nilam, zamrud, delima, batu serai, kayu tas dan sebagainya mempunyai keistimewaannya tersendiri serta si pemakai kelihatan gah. Bagaimanapun, jika anda memakainya ketika memancing.... anda mungkin akan pulang dengan tangan kosong. Benar atau tidak, terpulanglah... mungkin juga ia secara kebetulannya.

MEMAKAI cincin berbatu sama ada nilam, zamrud, delima, batu serai, kayu tas dan sebagainya mempunyai keistimewaannya tersendiri serta si pemakai kelihatan gah.

Bagaimanapun, jika anda memakainya ketika memancing.... anda mungkin akan pulang dengan tangan kosong. Benar atau tidak, terpulanglah... mungkin juga ia secara kebetulannya.

Bagi seorang pemancing tegar, Mohd Suffian Hassan dari Melaka, beliau mempunyai pengalaman memancing dengan memakai cincin berbatu serai dan kayu tas, di mana tiada sebarang tangkapan diperoleh ketika mengikuti trip menjejak kelah di Lubuk Kaloi, Taman Negara Kuala Koh, baru-baru ini.


Bukan beliau saja, tidak memperoleh sebarang tangkapan... malah beberapa rakan yang mengikuti trip berkenaan turut pulang dengan tangan kosong. Sudah puas pelbagai umpan termasuk buah ara masak ranum, kelapa sawit peram dan ..... digunakan, namun tiada sebarang reaksi daripada Raja air tawar berkenaan.

Begitu juga menyamar, berpakaian hitam dan bersembunyi di belakang pokok ketika memancing kelah, namun masih gagal. Bahkan, dalam trip itu tiada seorang pun pemancing memperoleh ikan sama ada kelah, lampam sungai, kerai mahupun kejor.

Selepas diperiksa, seorang pemancing menunjukkan sebentuk cincin berbatu kayu tas.

Tindakannya itu, menyebabkan seorang pemancing veteran marah dan kecewa, lalu menasihatkan rakannya itu supaya tidak memakainya ketika menyertai trip pada masa akan datang.


Elakkan aktiviti tepat jam 12 tengahari, malam

Oleh Nuri Angkasa

MENGAMALKAN doa atau membaca ayat suci al-Quran sebelum melakukan perjalanan sama ada di darat ataun di laut adalah sebaik-baik amalan untuk keselamatan dalam setiap perjalanan.

MENGAMALKAN doa atau membaca ayat suci al-Quran sebelum melakukan perjalanan sama ada di darat ataun di laut adalah sebaik-baik amalan untuk keselamatan dalam setiap perjalanan.

Namun alam apa juga amalan petua adalah ikhtiar terbaik untuk diamalkan seperti lazim yang dilakukan oleh orang lama yang mengetahui rahsia tersembunyi yang jarang-jarang diketahui oleh kita selama ini.

Sebaik-baik amalan anda tidak digalakkan melakukan sebarang perjalanan sama ada di darat dengan kenderaan atau di laut tepat pada jam 12 tengahari kerana waktu itu syaitan sedang bermaharajalela justeru bergerak pada waktu begini (tepat jam 12 tengahari) sering dikaitkan dengan masa yang bahaya.


Namun dalam apa juga kepercayaan yang dikaitkan demi menjaga keselamatan dalam perjalanan, doa kepada Allah sebaik-baik amalan yang mesti dilakukan cuma sebagai ikhtiar pertua juga memainkan peranan atas izin Allah.

Atas hakikat ini Pak Nuri dan ramai rakan pancing yang mengetahui tidak melakukan waktu tepat pukul 12 tengahari sama ada siang atau malam untuk bergerak mulakan perjalanan sekalipun dalam keadaan tergesa-gesa.

Lakukan pergerakan pada waktu pukul 12.02 minit sebagai ikhtiar untuk menjamin keselamatan atas apa yang kita sudah ketahui tapi bagi anda yang sudah melakukan perjalanan sebelum itu anda boleh meneruskan perjalanan anda begitu juga bagi anda yang melepasi jam 12 tengahari boleh meneruskan perjalanan isyaAllah selamat.

Melalui pengalaman seorang pemancing yang kebetulan terlupa kerana tergesa-gesa ke lokasi pertama untuk bertemu dengan rakan pancing lain yang dijangka sudah menunggu, Kamarul meninggalkan rumahnya tepat jam 12 tengah malam.

Beliau tidak bertemu lokasi tempat rakan pancingnya menunggu, beliau berpusing jalan untuk masuk ke lorong lokasi tapi bertemu semula tempat mula beliau bergerak.

Akhirnya, beliau mengingati petua orang-orang tua dengan melaungkan azan sekuat-kuat suara beliau kemudian ditemui oleh rakan pancing yang berada tidak jauh dari tempat beliau disesatkan jalan oleh syaitan.

Justru atas peristiwa yang benar-benar berlaku pada Kamarul nyata waktu tepat jam 12 tengah malam adalah waktu tidak sesuai untuk memulakan sebarang aktiviti atau perjalanan.

Tiga waktu terbaik untuk memancing

Oleh Nuri Angkasa

Petua kembali semula pada tiga masa terbaik memancing sekali pun tidak pada musim air mati. Waktu senja pilihan pertama, kerana pada waktu ini ikan akan keluar mencari makan dan akan berada dalam kawasan karang, lubuk atau tukun.

Pilihan kedua pada waktu tengah malam. Ini kemungkinan ada spesies ikan besar keluar mencari makanan seperti anak ikan sama ada di dasar laut mahu pun di permukaan air yang dihuni oleh banyak spesies ikan kecil bermain. Tetapi ada risikonya mengenai arus air yang deras yang bakal kita hadapi.

Terbaik ialah pada waktu awal pagi yang bermula 4 hingga 6 pagi. Ini kerana pada waktu itu ikan akan keluar semula mencari makan dalam keadaan lebih ganas. Begitulah pengakuan orang lama yang sudah sebati hidupnya dengan laut.


Lepaskan ikan yang tidak digemari

Oleh Nuri Angkasa

SETIAP pemancing perlu meletakkan satu tekad dalam hati bahawa segala rezeki adalah ketentuan Allah. Setiap apa yang kita peroleh setiap kali keluar memancing adalah atas kehendak-Nya jua. Sebab itu jangan kita persalahkan sesiapa apabila ada sesetengah kumpulan pulang tangan kosong walaupun keluar beberapa hari memancing.

SETIAP pemancing perlu meletakkan satu tekad dalam hati bahawa segala rezeki adalah ketentuan Allah. Setiap apa yang kita peroleh setiap kali keluar memancing adalah atas kehendak-Nya jua. Sebab itu jangan kita persalahkan sesiapa apabila ada sesetengah kumpulan pulang tangan kosong walaupun keluar beberapa hari memancing.

Yang pasti akan menjadi mangsa cemuhan ialah tekong, rakan sekumpulan, keadaan laut serta segala sebab yang boleh dikaitkan. Sehingga segala umpan yang dibawa juga dijadikan sebab atau dipersalahkan apabila kita tidak mendapat tangkapan seperti yang dihajati.

Kali ini Pak Nuri ingin berkongsi pengalaman dengan pemancing daripada pengalaman orang lama yang menjadikan laut sebagai sumber rezeki dan sentiasa bersyukur dengan segala ketentuan Allah.


Ada sesetengah pemancing tidak bersyukur apabila mendapat ikan kecil atau spesies ikan yang tidak dikehendaki. Mulut mereka sentiasa bercakap celupar atau memaki hamun. Malah lebih buruk lagi, mereka menghempas ikan berkenaan ke lantai bot atau mencederakan ikan berkenaan kononnya kerana rasa kecewa atau marah.

Ini adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya wujud di kalangan pemancing. Ini kerana apa yang kita peroleh ketika memancing adalah sudah ditentukan Allah. Jangan kita pertikaikan kehendak-Nya. Sebaliknya, lebih banyak bersabar dan bersyukur walaupun hanya dapat menaikkan seekor ikan kecil dan tidak mencapai hajat seseorang.

Allah sentiasa menguji hamba-Nya sama ada bersyukur dengan pemberian-Nya dan tidak meletakkan diri masing-masing lebih besar daripada kuasa Yang Maha Esa.

Selain itu, orang tua-tua juga sentiasa mengingatkan kepada pemancing sekiranya ikan yang kita pancing tidak sesuai dengan kehendak kita dan tidak dikehendaki cepat-cepat lepaskan semula ke laut supaya ia kembali kepada keluarga dan habitat asal.

Pak Nuri harap beberapa teguran orang tua-tua dapat kita manfaatkan bersama supaya sentiasa ingat bahawa mati, rezeki dan jodoh pertuan adalah kuasa Allah.


Sentiasa baca surah al-Fatihah

Oleh Nuri Angkasa

AMALAN yang baik itu pastinya mendapat ganjaran Allah. itulah janji Allah kepada hamba-Nya dan hanya kepada mereka yang mahu mengerti. Justeru, atas keyakinan ini terdorong untuk melakukan beberapa amalan baik oleh kumpulan pemancing dengan berkumpul sebelum memulakan ekspedisi atau pemburuan kemudian membaca doa dan mohon kesejahteraan serta keselamatan Allah di samping mohon rezeki dan keberkatan yang berkekalan dalam setiap aktiviti mereka.

AMALAN yang baik itu pastinya mendapat ganjaran Allah. itulah janji Allah kepada hamba-Nya dan hanya kepada mereka yang mahu mengerti. Justeru, atas keyakinan ini terdorong untuk melakukan beberapa amalan baik oleh kumpulan pemancing dengan berkumpul sebelum memulakan ekspedisi atau pemburuan kemudian membaca doa dan mohon kesejahteraan serta keselamatan Allah di samping mohon rezeki dan keberkatan yang berkekalan dalam setiap aktiviti mereka.

Usaha baik ini patut dilakukan oleh semua kumpulan memancing sebelum turun ke laut atau ke mana saja pergerakan yang hendak dituju. Namun, yang tidak kurang pentingnya ialah sikap jujur dan ikhlas yang mesti ada pada setiap orang.

Melakukan amalan baik ini antaranya membaca surah al-Fatihah dan mengucapkan selawat memuji Nabi Muhammad. Selain daripada mendapat pahala, ganjaran berkat atas perjalanan itu moga-moga Allah gandakan. Begitu mudahnya kita diberi Allah untuk mendapat pahala. Cuma kita saja yang melupakan pemberian baik yang dijanjikan Allah untuk hamba-Nya.


Memesan bantutkan rezeki

PALING ditakuti setiap nelayan veteran sebelum turun ke laut ialah adanya pesanan daripada ahli keluarga, rakan atau orang ramai mahupun siapa saja yang meminta ikan untuk dirinya atau paling kurang pesanan bagi mereka yang sedang hamil.

PALING ditakuti setiap nelayan veteran sebelum turun ke laut ialah adanya pesanan daripada ahli keluarga, rakan atau orang ramai mahupun siapa saja yang meminta ikan untuk dirinya atau paling kurang pesanan bagi mereka yang sedang hamil.

Menurut kepercayaan nelayan veteran, adanya pesanan bakal meletakkan mereka berdepan dengan kehampaan. Malah ikan yang dipesan tidak diperoleh sedangkan ikan berkenaan bukan spesies yang sukar didapati. Peliknya, jika ada pesanan yang dibuat, ikan berkenaan bagaikan tahu untuk melarikan diri.

Percaya atau tidak, satu pengakuan ikhlas dibuat seorang nelayan veteran yang dipanggil Pak Kasiran, 75, yang kini masih turun ke laut di pesisiran pantai Sungai Muar, Johor. Walaupun sudah tidak sehebat dulu, namun beliau masih meneruskan kerja sebagai pelaut untuk menghabiskan sisa hidup yang cuma tinggal di hujung senja.


Menurut Pak Kasiran, dia pernah beberapa kali hampa dan pulang dengan tangan kosong kerana membawa pesanan sebelum turun ke laut.

Justeru, pengalaman yang dilaluinya itu beliau akan menyebabkan melarikan diri, atau tidak mahu memberi tahu sesiapa pun sebelum turun ke laut malah atas kepercayaan yang diamalkan selepas itu rezeki bertambah baik, lalu ini dijadikan petua yang terus diamalkan hingga sekarang.

Atas apa juga kepercayaan, Pak Nuri terpanggil untuk berkongsi beberapa pengalaman nelayan veteran dan nelayan moden mahupun pemancing yang melahirkan reaksi berbeza mengikut peredaran zaman atau suasana perubahan yang berlaku sekarang ini banyak mengubah kepercayaan itu.

Namun daripada apa yang dapat diterjemahkan untuk mengelak menerima pesan orang ramai dengan hajat mahukan ikan kerapu bara, ebek, jenahak atau ikan merah sebelum turun ke laut adalah langkah terbaik kerana kita tidak terikat dengan janji atau harapan yang dibebankan pada kita.

Sekurang-kurangnya kita tidak dipengaruhi oleh pesanan berkenaan, kerana untuk mendapatkan rezeki di laut bukan satu jaminan yang mesti tertunai, kerana semuanya ini datang dari Allah. Malah diharapkan orang ramai harus memahami rezeki yang bakal diraih oleh nelayan atau pemancing yang tidak harus dipesan sebelum melihat rezeki depan mata.

Jangan meludah dalam laut

DALAM dunia nelayan ada banyak pantang larang yang kadangkala tidak dapat diikuti dengan teratur, namun daripada beberapa aspek yang lojik perlu diamalkan terutama petua yang mendatangkan kebaikan.

DALAM dunia nelayan ada banyak pantang larang yang kadangkala tidak dapat diikuti dengan teratur, namun daripada beberapa aspek yang lojik perlu diamalkan terutama petua yang mendatangkan kebaikan.

Nelayan terdahulu yang mengamalkan petua dan pantang larang seperti tidak membawa pulut kuning, telur, daging mentah, bertih sering dikaitkan sebagai makanan syaitan di laut, hari ini pantang larang itu tidak diendahkan oleh pemancing dan tekong bot sendiri.

"Kita yang nak makan, bukan nak jamu orang atau makhluk lain," itu yang diperkatakan oleh mereka dan rata-rata menolak dakwaan ribut yang datang itu bukan daripada petua yang salah.

Apa pun ada baiknya diterjemahkan semula petua yang boleh diamalkan seperti bersiul pada waktu malam, menjerit-jerit, mulut lantang yang tidak bertapis cakap, mencabar untuk berentap dengan ikan sebesar kapal atau mengunakan ilmu hitam yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Lebih daripada itu mereka sanggup mengunakan kain kapan orang mati yang diambil dari kubur yang baru di kebumikan, tali orang mati digantung malah banyak lagi perkara yang salah di gunakan.

Ini bukan saja mengundang dosa tapi akan berdepan dengan bahaya di laut yang bukan sedikit. Petua atau amalan begini tidak boleh dipakai sama sekali. Sebaliknya melangkah turun dari rumah dengan mengingati Allah adalah sebaik-baik amalan dan meludah di laut segera dihentikan kerana laut tempat kita mencari rezeki yang perlu dihormati.

Rezeki yang kita ambil dari tempat berludah adalah satu perbuatan jijik malah dijadikan makanan untuk keluarga. Justeru adalah lebih baik supaya kita tidak meludah di laut sesuka hati, berludah saja dalam plastik atau tidak membuang benda-benda kotor di laut.

>ni sedikit sebanyak yg sarjan sidat dpt kgsi..wat pngetahuan hope pgkt naik la ye..(dr sarjan ke komandan.hehe)

contact tekong

salam permancingan...
di kesempatan ni yg sebenarnye sibuk ngan belajar, kerja...kami nk berkongsi kpd anda semua contact2 tekong..ni bio ble nk mancing kt mne2 senang.xde la main hentam jew pg selain membuang masa, tenaga dan duit...

Mazoney -Pulau Kapas
contact 019-9637879.

Tekong Ah Long-Pulau Terkukur, Pulau Jemur dan sekitar perairan Rumah Api dan karang serta lubuk kapal karam, Pulau Angsa, Kuala Selangor.
contact 0122363417

Pak Hitam -KUALA BESUT
contact-019-9403715.

Mat Nor Samsudin-Kuala Sedili.
contact 019-7099169

Khuzaimi Kassim-langkawi
contact 012-4043250/012-4820250.

Tekong Wong-pulau sembilan
contact 012-5103918

Pak Wai-kukup
contact-016-7276095.

Sunday, December 27, 2009

Kelong Bainun Trip 3


Salam Sejahtera...

Pada 7 Disember lalu, team ingguanglerz telah menyelesaikan misi terbaru iaitu menambah koleksi penjelajahan di Kelong Bainun, Manjong. Misi kali ini adalah memburu apa jua hidupan laut (ikan la yang paling utama) yang wujud di situ. Dengan jiwa yang berkobar2, ahli2 team yang telah menambah ilmu didada sebelum ini, menjalankan misi dengan penuh semangat (walaupun tak la sesemangat mane) tp yg pling smgt ialah sirat.dia pnah kata time cuti die nk mancing je tp apakan daya ayahnya asyik suruh g kebun jee.kesian dier..oleh yg demikian, kami team2 inggu pun pg dengan mempraktikkan ilmu yang telah dituntut dari otai2 pancing...

Pada awalnya, trip ini hampir ditangguhkan disebabkan halangan2 yang tak boleh nak elak, tapi akhirnya trip ini tetap diteruskan walaupun tertinggal satu kekili kat kampung.ohtai kata kekili tok guru kerana menurutnya kekili tu bwk ong..ramai ikan2 tumpas pd kekili tok guru(tp sarjan sidat xpercaya lgsung, skadar angguk2 je la amik ati.hahaha)..huhuhu..

Ikuti kembara "ingguanglerz" kali ini...



Tuanku Bainun dah sediakan jambatan,bermakna....ade la port mancing...


Chip dan sirat nyanyi..."Bila rasa gembira naik bot...."


Lokasi perjuangan dari jauh yang tiada penghujung...semangat makin membara...kelong ni dimiliki oleh tokey cina.sesape yg selalu pg mmg dpt diskaun



Sampai2 jer, sarjen kite, sidat terus pakai kain...tunaikan tanggungjawab dulu...tp yg pnting nk pg kena ada restu ibu bapa.amiiin




Kerapu sarjen Sidat...tak sia2 semangat die kali ini...pd mulanye abg kpd sarjan sidat(al-jaki al-buih) menyarankn supaya menggunakan perambut spnjang sedepa bersama udg hidup.tp tak mbuahkan hasil..akhirnya inisiatif telah mlanda lalu terhasillah anjakan paradigma.sarjan sidat tlh mggunakan perambut spnjang stgh depa bersama udang mati(hantam)..finally tumpas kerapu.(i_i)


Hasil tangkapan laut yang sebahagiannya telah dirembat oleh Abg.Beres...tuk pengetahuan ikan gelama ni mmg sedap kalo wat pekasam(klh terubuk masin).caranye peram gelama dgn garam selama 1hari.next basuh n peram pulak dengan nasi(bkn beras) selama 5 hari.pastikan xde udara keluar msuk ke dlm bekas.pastu goreng laa..xkn tu pun nk kna ajar.

Kegembiraan dikongsi bersama walaupun penat milik masing2...

Ebek 1kg dan Kerapu 1 kg...



Sebenarnye, ada banyak lagi gambar yang tak sempat upload sebab sibuk dengan kenduri kahwin rumah jiran dan sedare-mare. Musim cuti la katekan... Ape pun, trip kali ini sangat dikecapi oleh ahli2 ingguanglerz. Walaupun hasil2 yang diperolehi tidak 'segagah' semangat yang dibawa, namun, ianya dapat juga melepaskan gian memancing yang ternyata sentiasa 'terperuk' dalam jiwa kami...
Nantikan trip akan datang yang akan menjelma dengan semangat juang pancing yang kental bersama Ingguanglerz team...
Sehingga berjumpa lagi... Wassalam...















Sunday, October 18, 2009

trip kelong bainun 1

pada bulan jun 2009 kitorang telah membuat satu trip memancing ke kelong bainun...kali yang pertama ni trip kitorang nak try ape yang boleh naik kat sana, biasala baru sekali nak pegi menduga di kelong... teknik2 mancing kelong pun mase 2 kitorang xtau pakai sedap pergi je.. kasi hantam sudah....

kitorang sampai sana dalam kul 10 pagi, n kitorang membeli umpan idup..udang idup di kg setiawan dan trus menuju ke bawah jambatan tuanku bainun....

owner yang biasa dikenali dengan nama vicky memandu bot yang berenjin 5 kuasa kuda memakan masa 10mnt nak sampai ke kelong 2 walau jaraknya dengan darat xla jauh...klu lawan berenang ngan bot vicky 2 bleh menang lagi kot huhuhu.....

ape yang boleh dilihat adalah pemandangan yang sangat indah...orang kata bleh release tensionla kat sana, regenya rm 30 24jam....

untuk trip yang pertama nih ape yang kitorang dapat xdela memberangsangkan hanya beberapa ikor ikan sekitar 500g sekor....tp pengalaman yang kitorang dapat kat sana banyak sebab sembang ngan abg2 yang dah banyak kali datang, siap da yang naikkan siakap area 6kg dan 4kg...memang teruja...so tengokla gambar2 kitorang merelease tensionkan diri kitorang...



















inilah rupe kelong yang kitorang pegi





























siapakah gerangannya itu...siap berselubung lagi, panas yer bang kukuku






















oh thai
























cip kiter























abg beres ngancip diwaktu hening pagi...manyak syok ooo


















hui posing mamat nih...ikan dapat ker kahkahkah

















al sirat...xtau pe yang dihantamkannya

















ikan yang diperolehi...tp x sempat nak tgkap zoom sbb naik darat semu da lemau huhu

















pemandangan kelong diwaktu senda...release tension ma...hilang kusut kepala jap


Wednesday, October 14, 2009

sembilang dan gelama

dalam kesibukan kerja team inggu anglerz sempat juga memanfaatkan masa terluang untuk melakukan aktiviti yang menjadi hobi, apa lagi memancingla...

pada kebiasaannya kitorang memancing pada waktu malam kerana siang korojela bro... yerla klu x mancing t tangan gatal je nak pegang pancing...so kitorang mancingla juga nak buang sangap nih huhuhuhu.....dapat sejam dua terobat jiwa dan raga...2la klu dah pemancing yang tegar macam sirat....hantamkan je huhuhu

biasanya klu time waktu keje kitorang mancing waktu malam dekat2 area cini je...area kuala selangor...

so biasela dengan berbekalkan udang tesco kuala selangor yang sekilo rege lebih kurang rm10 adla hasilnya... syoknya mancing....

ni gambar2 yang x sempat lari..kitorang tangkap masuk frame huhuhu....
















ikan sembilang seberat 2kg...





















sirat dengan sembilangnya..
















boboy @ lebih dikenali dengan bilis..naik jugak sembilang area 800g-1kg
















tp mamat ni aku pelik,orang dok melayan sembilang dia mancing udang plak...ni hasil dia dari cucu udang ke bapak sedara udang dia naikkan kukuku.......ntahla cip

ikan gemala yang diperolehi di kuala selangor..sembilang 1kg n gelama kat bawah nih 600g

sembilang dan gelama

kawan2 tunggu kitorang akan upload lagi gambar2 yang best2...

udang

jun 2009... aktiviti inggu anglerz memancing udang di sekitar kawasan tg karang selangor... kat kawasan ni mmg banyak udang galah sampai muntah nak makan...tapi kena ingat nak dapat kena p mancing dulu... hahahaha...mancing udang galah la yg paling ekonomi dan sibuk sebab:

1)set pancing yg murah - rm10 je bole dpt 1 set..batu lad
ung saiz 3 n 2 paling cun..tali? 10lbs jer, klu takut putuih pkila 12 or 14lb...pkai jer mate sabit tu..x pun mata ikan puyu xde lobang kompom cpt naik
2)umpan pun senang, nak ekonomi pakai cacing jer..nak power cket pakai umpun2
3)udang adalh kutu bg 'org tue' tu
..byk udang, byk la die...tp kitorang mancing kat tepi jer...x brani lagi nek bot, ada sang bedal x pasal2 kite mancing udang lain pula yang naik kukuku
4)kalau bole, jgn mancing udang time air terlalu keroh atau selepas hujan lebat,3-4 hr slps tu br pegi...air sejuk kate org kg aku...paling cun mancing udang galah dalam keadaan air berarus...tp ingat udang nak air yang berarus tapi tidak kuat sangat....
5)kalo nak beli pancing udang galah ni, mmg a
ku bwk set lebih dr 7 btg..kadang2 pky sekali 9 btg...hehehehe
6) selalu angkat dlm keadaan perlahan, kadang2 udang dah lekat kat mata kail walaupun joran x beri ape2 tande pun...kalo pky 13set, jenuh jugak la nak letak umpan.
..

syok ooo pancing udang... kat bawah ni adala gambar2 aktiviti inggu anglerz memanc
ing udang sekitar tanjong karang selangor..

















abang beres dengan udangnya yang ganas,
xle dok diam udang dia time nak amik gambo huhu





















udang cyclops.....xmen
















kembar cyclops kakaka.....


















sirat dengan jenggonye....
















terkangkang luas jenggo jalut
















ui wat rendang ble ke nih...















oh thai dengan jenggonye...ni jenggo pinjam ke ape nih...
















jenggo 300g

sori kawan kawan, kitorang mancing waktu malam sebab siang keje so gambar 2 kureng siket mintak maapla yer...semoga terhibur

Tuesday, October 13, 2009

hai...

memandangkan bz ngah kerje....

aktiviti dan gambar2 akan di upload pada masa akan datang..tunggu

kepada rakan-rakan sekalian..

syair dan lagu yang dituju khas kepada ahli inggu anglerz team untuk menguatkan semangat mereka ketika memancing..

ati bwh cni ati bwh cni ish eh ish eh ish ehtolong tolong tolong...........................................................murah murah murah murah

alalalalalalalalalalalalaaaaaaaaaaaaaaaalalalalalalalalalalal

al buntalu wa muizzul makkanul pancingud durriyyu yuu minn gelama tissirot..

assirotil ulat bulu... al ulat bulu minn kitangul bulan...

isk isk isk...eh eh eh
isk eh eh isk eh
isk eh eh isk eh
aduh pening aduh pening

lirik: sirat
ciptaan lagu: cip
gubahan irama: ohtai


ini dia ahli kumpulan inggu anglerz team... sesiapa yang nak masuk dalam team ni bleh ajukan permohonan kukuku








ini namanya abang beres
















kapten jalut (cip)

















ohtai......k kukuku



















al-sirat


n ada subtitute dalam team ni.......memandangkan sirat pergi melanjutkan pelajaran ke over river...hehehe













boboy @ bilis















sidat @ c-dot














jon...................dan














din

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mesti ada antara anda yang mempunyai hobi memancing.. Bukan memancing awek yer,awek dok melayan makan jer blehla, tapi memancing ikan samada di laut, tepi pantai, sungai, tasik, parit mahu pun kolam memancing. Kami inggu anglerz juga adalah seorang pemancing yang agak tegar, walau baru sahaja berkecimpung dalam dunia memancing, terdapat banyak pengalaman yang diperolehi.. ia juga salah satu hobi yang sanagt digemari, xdela nak buang mase wat menda x tentu hala.. Hobi memancing ni memang merupakan hobi yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Seingat kitorang sebelum ini pernah memancing zaman budak-budak sekolah rendah dulu, dan rupanya terbawak2 sehingga ke hari ini..

first sekali terdapat beberapa yang perlu dikagumi kepada ahli2 kaki pancing antaranya:

1. Kesanggupan untuk berhabis-habisan membeli peralatan pancing yang kadangkala mencecah ribuan ringgit..
2. Sanggup meredah lautan untuk memancing. Kalau nelayan menyabung nyawa untuk mencari sesuap nasi tapi mereka mencari kepuasan..
3. Boleh menunggu berjam-jam lamanya.. Kesabaran mereka memang menjadi kekaguman.. Kalau sirat 80 jam pun tahan.
4. Selamba je mencucuk umpan dengan tepat ke dalam mata kail.. Saya mengalami kesukaran untuk menusukkan cengkerik ke mata kail.. Kalau sesiapa yang geli susah woo.
5. Timing yang hebat.. Waktu nak rentap joran tu memerlukan kebijaksanaan si pemancing.. Saya memang failed dalam hal-hal ni..
6. Tau lubuk ikan. Yang ni memerlukan jaringan antara rakan-rakan pemancing.. Cepat je mereka tau tempat-tempat banyak ikan ni..

dan yang penting kena ada kumpulan bru syok nak mancing...huhuhuhu